Apa itu Nuffnang ?



Apa itu Nuffnang ?
  • Nuffnang merupakan komuniti periklanan blog terkemuka di dunia, untuk orang ramai yang berkongsi minat dalam blogging! Komuniti nuffnang kini menjangkau seramai 1, 000, 000 blogger di 8 negara dan rantau - Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, China, Hong Kong, negara Thai dan United Kingdom.
  • Di Nuffnang, para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan blog yang diletakkan oleh pelbagai jenama, dan menjadi sebahagian komuniti rapat melalui rangkaian luas acara-acara eksklusif dan peraduan yang nuffnang anjurkan dan sokong, khas untuk anda.
  • Di Malaysia terdapat dua lokasi pejabat Nuffnang iaitu di :         
  • Pengiklanan blog dalam bentuk asasnya memaparkan iklan pada blog dan blog merupakan medium utama pengiklanan dalam industri ini. 
  • Anda menjana pendapatan bukan melalui blogging, tetapi melalui perletakan iklan dalam blog anda. Pihak pengiklan akan membayar anda mengikut samaada jumlah klik yang dijana iklan pada blog anda ataupun jumlah tanggapan.
  • Terdapat tiga jenis iklan Nuffnang, iaitu :
    1. Leaderboard >>> saiz (728 X 90)
    2. Skyscraper >>> saiz (160 X 300)
    3. Large Rectangle >>> saiz (336 X 280)
  • Gambar dibawah menunjukkan kedudukan yang betul iklan-iklan Nuffnang diletakkan di dalam blog anda.


  • Anda tidak meletakkan kesemua jenis iklan didalam blog anda pun boleh, tetapi jika anda letakkan smua iklan dalam blog anda ia akan meningkatkan peluang anda menjana lebih wang kerana apabila iklan lebih menonjol dan banyak, pengiklan akan lebih cenderung mengiklan atas bloganda. (printscreen gambar dibawah adalah design web Nuffnang yang lama)
  • Anda akan dibayar apabila anda memohon keluaran tunai dan cek akan dihantar kepada alamat rumah mengikut sistem kami. Anda akan dibayar dalam Ringgit Malaysia.
  • Kadar bayaran pula, Untuk Ahli Glitterati kadar untuk CPC (Cost-Per-Click) ialah RM0.25, manakala untuk Bukan Ahli Glitterati ialah RM0.15 Per Click. Ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40%, lebih daripada blogger yang memanuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.
    • Jom fahami lagi tentang nuffnang melalui video.





    No comments: