Friday 30 May 2014

Rumah Daun Nipah dan Ketam Angin

Assalammualaikum...
Contoh rumah dalam gambar :)
Tinggal dalam rumah beratap dan berdinding daun rumbia, berlantaikan buluh yang jarang jaraknya kira-kira 1 atau 1/2 inci antara lantai..dan jika nak jalan kena berhati-hati, tidak boleh berjalan sambil gosok kaki seperti jalan atas lantai simen, luka kaki berdarah nanti. Pasti korang juga pernah duduk rumah berlantai begitu, nyamuk pun cukup hebat dan senang nak masuk dalam rumah, tambah-tambah lagi persekitaran rumah adalah adalah tumbuhan hutan, belakang rumah paya bakau dan daun nipah. Rumah di dalam gambar hiasan di atas adalh contoh rumah tersebut, tapi tidaklah di kelilingi kawasan laut. Belakang rumah adalah sungai yang tidak pernah cetek.

Ketam Angin (Sumber : Mr. Google)
Tanah tapak rumah tidak rata, berlubang-lubang. Ketam angin atau nama saintifik Ocypode ceratophthalma adalah penghuni tegar di bawah dan halaman rumah. Rumah ketam angin hasilkan kami panggil pongso, jika nama sebenar pula mungkin di pangkil rumah ketam angin sahaja kot...^^.



No comments: